Asas Mereka Laman Web
Membina laman web sendiri adalah cara yang paling mudah dan murah untuk memulakan perniagaan anda secara online. Hanya dengan mengikuti 3 langkah mudah anda mampu menghasilkan laman web sendiri. Langkah-langkah untuk membina laman web:
- Pertama anda harus membeli perisian penyunting HTML seperti Adobe GoLive, Macromedia Dreamweaver atau Microsoft FrontPage. Atau anda juga boleh menggunakan perisian percuma berasaskan sumber terbuka seperti NVU.
- Kemudian anda boleh mula mereka laman web menggunakan salah satu perisian penyuntingan di atas.
- Akhir sekali memindahkan fail-fail ke web server melalui FTP. Jadi anda memerlukan pakej “web hosting” seperti pakej yang ditawarkan di www.FreeDomainsRegistration.com
Penyunting HTML
Antara penyunting HTML yang popular untuk peringkat asas adalah:
- Adobe GoLive
- Macromedia Dreamweaver
- Microsoft FrontPage
- NVU
Kesemua perisian-perisian ini membolehkan anda mereka laman web dengan mudah seolah-olah anda menggunakan perisian seperti Microsoft Word atau PowerPoint. Anda hanya perlu mencipta atau memilih bentuk template yang tersedia, taipkan isi kandungan, dan klik butang save untuk menyimpan.
Mereka Laman Web
Laman web boleh dikategorikan sebagai satu perantaraan atau media yang menghubungkan pelayar internet dan pemilik laman web. Pemilik laman web boleh terdiri daripada individu, kumpulan, syarikat atau sesiapa sahaja.Tetapi untuk mereka laman web yang memenuhi matlamatnya bukannya mudah. Teknik mereka laman web :
- Reka atau pilih bentuk template bagi web anda. Jika anda mahir dalam reka bentuk grafik, anda boleh mencipta template anda sendiri dengan menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop. Bagi mereka yang masih baru dalam rekaan laman web bolehlah memilih template tersedia yang didatangkan sekali dalam program penyunting HTML atau anda boleh membeli template yang dijual oleh pihak ketiga.
- Reka halaman muka utama beserta isi kandungannya.
- Masukkan gambar ke dalam laman web anda. Pada amnya, gambar yang dimasukkan perlu bersaiz kecil bagi memudahkan laman web anda dimuat turun. Laman web anda tidak harus mempunyai terlalu banyak gambar dan animasi atau flash supaya tidak mengelirukan pelanggan anda.
- Untuk melihat hasil sebenar rekaan dan suntingan, anda boleh cuba melihat laman web anda pada bahagian preview.
Apa yang penting dalam proses mereka laman web ini ialah keberanian anda untuk mencuba dan terus mencuba. Pastikan anda berpuas hati dengan hasil rekaan anda sebelum ia dipaparkan di Internet.
Ingin belajar mereka laman web?? Sukar mencari bimbingan pengunaan perisian rekaan laman web berbahasa melayu?? Laman web seperti Sifoo.com dan ilmuIT.com pasti membantu anda dalam mengendalikan perisian ini. Sifoo.com memberi panduan pengunaan perisiaan-perisian ini dari peringkat asas hinggalah ke peringkat lanjutan. Manakala ilmuIT.com pula memberi pendedahan lebih banyak pendedahan tentang IT.
Memindahkan ke FTP
Selepas berpuas hati dengan laman web yang anda hasilkan, anda bolehlah menggunakan program FTP untuk memindahkan fail-fail laman web ke dalam pelayan web (web hosting)
FTP boleh diperolehi melalui menyewa tapak web hosting daripada penyedia web host Pihak penyedia web host akan memberikan alamat FTP, username dan kata laluan bagi akaun anda. Maklumat-maklumat ini diperlukan untuk anda memindahkan fail laman web dapat dilakukan ketika online.
Perisian seperti GoLive, Dreamweaver dan Frontpage didatangkan dengan program FTP terbina dalam, apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat akaun FTP anda ke dalamnya.
Jikalau anda ingin mendalami ilmu penjualan di Internet, sertailah seminar eOneNet seperti
a) Seminar Bagaimana Memulakan Perniagaan di Internet di http://www.eonenet.com/system_register.htm
b) Latihan Bimbingan Menggunakan Blog Percuma untuk Menjana Wang di http://www.eonenet.com/internet_marketing_malaysia_blog_seminar.htm
c) Kursus Bimbingan Pemasaran Internet 3 Bulan http://www.internetmarketingcoaching.com
Post by Lina, Team member of eOneNet.com Asia Internet Marketing Company
Related Posts

Making You No.1 on the Net
If you like our Internet Marketing Blog, join to receive our blog updates for free here















