internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


Kempen e-niaga untuk tingkatkan penyertaan SKS

Utusan Megabait, September 28, 2000

eOneNet.com, Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia serta Pusat Perundingan IKS Kebangsaan melancarkan kempen perniagaan elektronik (e-niaga) minggu lepas sebagai usaha meningkatkan penyertaan syarikat tempatan di Internet.

Kempen yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Multimedia dan Komunikasi, Datuk Tan Chai Hoe itu bermula pada 20 September dan berakhir hujung tahun ini.

Ia bermula dengan persidangan e-niaga yang diadakan pada 20 dan 21 September lepas yang menjemput 17 penceramah yang terdiri dari ahli perniagaan syarikat internet di Malaysia dan Singapura.

Tan Chai Hoe berkata, syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SKS) di negara ini masih kurang era e-niaga kerana kekurangan kefahaman bagaimana menyertainya dengan berkesan.

"Jika pun mereka mempunyai laman web syarikat di Internet, ini tidak bermakna mereka telah benar-benar menyertai era perniagaan Internet yang sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen tersebut di persidangan e-niaga yang diadakan di Subang Jaya, baru-baru ini. Beliau turut melancarkan tapak web WizOffice.com di majlis itu.

Kira-kira 200 peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada SKS menyertai persidangan dua hari tersebut dan tinjauan mendapati hanya 2 peratus daripada peserta tersebut telah menjalankan perniagaan di Internet.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com, Fione Tan berkata, bagi menggalakkan SKS terutama peserta menyertai e-niaga dengan cepat dan berkos rendah, syarikatnya menawarkan 500 SKS untuk mendapatkan laman web di eOneNet dengan kos RM300.

Beliau berkata, kempen dan penawaran pakej diskaun tersebut bertujuan mengalakkan pnceburan syarikat dalam bidang e-niaga bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.
Persidangan e-niaga tersebut juga akan diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching selepas ini bagi memastikan SKS yang terletak di luar Kuala Lumpur juga dapat mengikuti perkembangan e-niaga.

Bagi peserta yang tidak dapat mengikuti persidangan tersebut, iBroadNet.com telah menyiarkan penyaliran video (video streaming) persidangan tersebut secara penuh di Internet.


"Kempen e-niaga untuk tingkatkan penyertaan SKS - Utusan Megabait"


FREE e1Club Membership. Click here to join
 


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.