Ratu
Malaysia lancar gerbang kecantikan di Internet
Utusan Megabait, April 26, 2001
Ratu Malaysia Tan Su Wei bersama eOneNet.com,
sebuah gerbang e-perniagaan dan perundingan pemasaran Internet,
akan melancarkan satu gerbang kecantikan - www.suweit.com.
Su Wei, yang dimahkotakan sebagai Ratu Malaysia / Dunia 2000,
menandatangani perjanjian dengan eOneNet.com
Khamis lepas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Su Wei merupakan Ratu Malaysia / Dunia yang pertama melancarkan
gerbang laman webnya.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani antara Su Wei dan eOneNet,
syarikat itu akan memaju dan menguruskan lama web ratu itu, dengan
keuntungan bersama. eOneNet juga akan menjadi pengurus dalam talian
beliau.
eOneNet.com berbangga untuk
bekerja dengan Su Wei dan menguruskan gerbang beliau. Su
Wei lebih daripada seorang ratu cantik. Beliau memiliki kedua-dua
kecantikan dan kebijaksanaan.
Beliau seorang yang bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukannya.
Beliau tahu apa yang mahu dicapainya," kata Fione Tan, presiden
dan ketua pegawai eksekutif eOneNet.com.
Selain mempunyai profil Su Wei dan portfolio mengenai gerbang
itu, kami akan membina satu komuniti kesihatan dan orang yang
mempunyai kesedaran kecantikan melalui tawaran dalam talian, forum
serta menganjurkan acara berkaitan kesihatan dan kecantikan luar
talian. Serta dalam mempamerkan pertunjukan fesyen dan acara dalam
gerbang berkenaan," kata Tan.
Walaupun dalam situasi dotcom yang suram di seluruh dunia dan
di Malaysia, Su Wei yakin dengan perkembangan gerbang tersebut
kerana beliau akan mengusahakan dalam kedua-dua model B2C dan
B2B.
Beliau berkata, "Apa yang ingin saya capai dengan gerbang saya
ialah dua perkara. Pertama bagi peringkat peribadi, saya mahu
menggunakan laman Web itu sebagai saluran komunikasi antara saya
dan mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai saya, dan untuk berkongsi dengan mereka pengetahuan saya
dan pengalaman dalam bidang kecantikan.
"Bagi peringkat perniagaan, saya mahu mencipta satu gerbang kesihatan
dan kecantikan, dengan objektif mencipta nama di Malaysia dan
seberang laut, mensasarkan untuk kedua- dua pengguna dan lama
web yang lain dalam tempoh 12 bulan akan datang," katanya.
|

"Ratu Malaysia Lancar Gerbang Kecantikan di Internet
- Utusan Megabait"
|