internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


Jauhi 10 perkara ketika jalankan dotcom

Utusan Megabait, September 28, 2000

Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan Internet atau perniagaan dotcom perlu menjauhi 10 perkara ketika menguruskan operasi syarikat mereka untuk memastikan kejayaan syarikat dan tidak mengalami nasib malang seperti dotcom lain, kata seorang pengusaha dotcom tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com, Fione Tan berkata perniagaan di Internet sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan jika syarikat bijak menguruskan perniagaan terutama berkaitan dengan perbelanjaan kewangan.

"Asalkan syarikat tidak melakukan 10 perkara yang perlu dijauhi ketika menjalankan e-niaga, SKS juga berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan era baru ini," katanya pada majlis pelancaran kempen e-niaga di Subang Jaya, baru-baru ini,

Beliau berkata, 10 perkara tersebut ialah perbelanjaan keterlaluan dalam pembangunan laman web, keterlaluan berbelanja untuk pengiklanan dan promosi, projek web diketuai oleh orang teknikal, kurang kandungan bernilai di dalam web dan kadar 'pembakaran' (lonjakan) terlalu cepat.

"Perkara seterusnya ialah mutu perkhidmatan pelanggan yang lemah, kredibiliti pengurusan dan syarikat yang rendah, terlalu fokus kepada diri sendiri, reka bentuk web yang teruk dan langsung tiada promosi," katanya.

eOneNet merupakan syarikat penganjuran laman web untuk syarikat kecil dan sederhana (SKS) dan menawarkan perkhidmatan penganjuran/pembinaan laman web melalui tapak webnya secara interaktif. Syarikat ini ditubuhkan pada April 1999 dan kini mempunyai 70 laman web pelanggan dari Malaysia dan Singapura.

Kira-kira 200 peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada SKS menyertai persidangan dua hari tersebut dan tinjauan mendapati hanya 2 peratus daripada peserta tersebut telah menjalankan perniagaan di Internet.

Fione berkata, SKS tempatan enggan menyertai e-niaga kerana menganggap ia memerlukan kos yang tinggi untuk mereka bentuk, menganjur dan mengemaskini setiap masa.

"Bagi syarikat dotcom pula, walaupun mereka baru bermula tetapi aktiviti promosi yang terlalu agresif dan menelan belanja jutaan ringgit setahun akan menimbulkan masalah kewangan kepada syarikat, "katanya.

Katanya, jika syarikat langsung tidak mempromosikan syarikat dan laman web mereka pula, laman web tersebut hanya akan menjadi perhiasan kerana tidak dikunjungi oleh pengguna dan seterusnya tidak mendatangkan faedah seperti yang dikehendaki.

Dalam Internet, terdapat pelbagai perkhidmatan penganjuran laman web tempatan dan antarabangsa yang mengenakan bayaran minimum dan pelanggan boleh memilih templet-templet yang disediakan untuk membina laman web mereka sendiri.

eOneNet juga menawarkan perkhidmatan tersebut di samping perkhidmatan pendaftaran domain, penyenaraian syarikat di direktori enjin carian terkenal dan menyertai system Global Market X'Change.

"Jauhi 10 perkara ketika jalankan dotcom - Utusan Megabait"


FREE e1Club Membership. Click here to join
 


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.